Syarat-Syarat Kemasukan

Syarat – Syarat Umum Permohonan Memasuki MTMU

Syarat-syarat umum yang diperlukan untuk memasuki MTMU ialah seperti berikut

  • Berumur 13 tahun dan ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Mampu membaca Al – Quran dengan lancar
  • Mampu membaca / menulis tulisan jawi dengan baik
  • Mampu membaca / menulis tulisan rumi ( bahasa melayu ) dengan baik
  • Sedia patuh dan taat segala undang – undang dan peraturan maahad
  • Tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah
  • Tidak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah ( dan juga tidak merokok ) Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan
  • Sedia bersusah payah untuk menghasilkan ilmu
  • Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak maahad

Proses pemilihan pelajar akan dilaksanakan melalui TEMUDUGA. Ibubapa boleh menyemak takwim maahad bagi mengetahui tarikh kemasukan & temuduga pelajar diadakan.

Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon:

• Salinan kad pengenalan pemohon
• Salinan kad pengenalan bapa/penjaga
• Sijil berhenti sekolah / maahad terdahulu
• 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran pasport
• Surat sokongan sekolah / maahad terdahulu (nama / no tel individu rujukan) • Sijil – sijil yang berkaitan

Nota: Bagi pelajar luar negara atau pemegang visa, sila bawa salinan pasport beserta pasport asal dan sila pastikan visa anda tidak tamat tempoh ketika memohon. Pihak maahad hanya membantu mendapatkan visa lanjutan bagi permohonan yang berjaya sahaja.

Pelajar fakir dan miskin yang memenuhi syarat juga digalakkan memohon.