Latar Pembangunan

PERMULAAN PEMBINAAN KOMPLEKS

Projek Pembangunan Kompleks MTMU ini dilaksanakan di atas Lot 2193 dan 5649, Mukim Hulu Langat yang diwakafkan oleh Dato Haji SM Shalahuddin Al Ayyubi Azad Bin SM Amin kepada Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

Kompleks baru MTMU ini yang dijangka menelan belanja sebanyak RM49 juta boleh menampung seramai kira-kira 1200 orang pelajar iaitu 800 orang pelajar lelaki dan 400orang pelajar perempuan. Kompleks tersebut merangkumi:

  • Sebuah masjid dua setengah tingkat (boleh memuatkan 2500 jemaah) Sebuah bangunan untuk perempuan dan sebuah bangunan untuk lelaki yang merangkumi pejabat, asrama, dewan makan, kelas dan bilik guru
  • Tiga buah kuarters tiga-tingkat yang menempatkan 12 unit rumah ustaz setiap satu yang berjumlah 36 unit rumah
  • Empat unit rumah semi-d untuk pihak pentadbiran
  • Keperluan-keperluan asas yang lain

Pembangunan projek ini dijadualkan untuk disiapkan dalam tiga fasa.

Fasa pertama melibatkan kerja-kerja tanah dan menyediakan infrastruktur melibatkan kos sebanyak RM 8 juta. Pembangunan projek mengambil masa selam 8 bulan bermula 20hb Julai 2010.


Fasa kedua merangkumi pembinaan masjid, bangunan asrama perempuan dan dua buah kuarters guru. Pembinaan yang memakan tempoh 23 bulan ini dimulakan pada 21hb September 2011 dan disiapkan sepenuhnya pada 20hb Ogos 2013 dengan kos sebanyak RM 33 juta.

Fasa ketiga dianggarkan menelan belanja RM 16 juta. Buat masa ini pihak MTMU masih berusaha mengumpul dana tersebut dari hasil sumbangan korporat dan individu, pembinaan hanya akan dimulakan selepas dana yang dikutip telah mencukupi. Proses pembinaan turut melibatkan pemindahan pelajar dari bangunan lama ke kebangunan sementara supaya bangunan lama dapat dirobohkan untuk memulakan pembinaan bagunan baru di tapak tersebut.

Diharapkan Projek pembangunan MTMU ini dapat disiapkan dengan segera untuk menampung permintaan yang tinggi ketika ini dan akan datang. Semoga usaha kita untuk meninggikan agama Islam mendapat keredhaan- Nya.