Kolaborasi

Maahad Tahfiz Miftahul Ulum juga bergerak selangkah dalam menaikkan taraf pendidikan pelajar – pelajar Maahad dengan membuat kolaborasi pengajian dengan beberapa kolej dan universiti. Pelajar Maahad yang telah membuat pengajian Tahfiz atau pelajar yang tidak dapat menyambung pengajian dalam bidang tahfiz boleh menyambung pengajian mereka dengan kolej atau universiti yang telah membuat kolaborasi bersama Maahad dan juga mereka yang ingin mengambil SPM boleh mengambil peperiksaan tersebut.
Ini adalah sejajar dengan arahan kerajaan dan keinginan Sultan Selangor supaya semua pelajar tahfiz mempunyai pendidikan akedemi dan mengambil peperiksaan SPM.

Azmida Technical College menawarkan pengajian dalam bidang kemahiran dan sijil kemahiran berserta peluang pekerjaan.
Universiti Sultan Azlan Shah adalah satu Universiti yang sedia menerima pelajar tahfiz dan menyediakan persedian peperiksaan SPM dan siji SPM . Pelajar yang cemerlang akan terus mendapat tajaan dan meneruskan pengajian mereka di Universiti.
Kolej Dar Al – Hikmah serta Kolej Teknologi MIDAS juga mengambil pelajar dari maahad tahfiz untuk melanjutkan pengajian disana.

Azmida Technical College

Kolej Teknologi Azmida adalah merupakan Pusat Bertauliah yang diberi pertauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ). Kolej ini mendapat pengiktirafan sebagai pusat Kolej Latihan Kemahiran yang menyediakan latihan berkonsepkan Latihan Teknikal & Pendidikan Vokasional (TVET).

Disini, pelajar berpeluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang :
1. Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan (PW2) – Lesen Kekompetenan daripada Suruhanjaya Tenaga

2. Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa – Persjilan Kemahiran Malaysia (SKM)

3. Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Dandang – Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3

4. Pengurusan Pejabat & Penyeliaan Pengurusan Pejabat – Persjilan Kemahiran Malaysia (SKM).
Asas Pendawaian Elektrik Fasa 1 dan Fasa 3


5. Asas Elektronik

6. Asas Motor Kawalan Elektrik

Kolej Dar Al–Hikmah

Kolej Dar Al–Hikmah(KDH) mula beroperasi pada tahun 1989 yang mana berlokasi di Sg. Ramal Dalam , Kajang Selangor dan KDH merupakan antara kolej swasta Islam yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi ilmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Bagi memenuhi hasrat itu KDH menyediakan kursus-kursus asas Islam sebagai subjek wajib kolej dan menggabungkannya dengan program profesional/akademik untuk melahirkan sumber manusia yang beriman, berilmu, berketerampilan, berakhlak, komited dan berdaya maju.
KDH menawarkan kursus-kursus diploma yang terbahagi kepada tiga pengajian utama iaitu :
1. Pengajian Syariah
2. Pengajian Pengurusan
3. Muamalat Pengajian Pendidikan

Sekiranya lepasan MTMU berminat untuk menyambung pelajaran di KDH ia amatlah digalakkan kerana mereka mempunyai diploma usuluddin di dalam pengajian syariah, yang mana amat berkait rapat dengan bidang yang dipelajari di dalam MTMU.

Universiti Sultan Azlan Shah

Universiti Sultan Azlan Shah yang bertempat di Kuala Kangsar, Perak menyediakan program khas untuk lepasan tahfiz iaitu SPM FAST TRACK. Ini membuka peluang kepada pelajar untuk mendapatkan sijil SPM dengan lebih mudah kerana diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman yang mana diantaranya merupakan pembuat modul , pemeriksa kertas SPM dan panitia subjek.
Pelajar akan mendapat pelbagai jenis kemudahan seperti tempat penginapan, kemudahan perubatan, makanan yang berkualiti, dilindungi takaful serta ruangan belajar yang amat kondusif.

Dengan modul pembelajaran yang mengikut standard sekolah menengah, ditambah pula dengan modul pemantapan pelajar semestinya pelajar-pelajar yang mengikuti program ini dapat mencapai keputusan yang baik dalam menduduki SPM nanti.
Syarat kemasukan bagi program ini hanyalah :
1. Menghafaz Al Quran sekurang-kurangnya 10 Juzuk
2. Lulus temuduga akademik & Al Quran
3. Berumur 16 – 25 tahun
4. Boleh membaca, menulis dan mengira
5. Berdikari, berakhlak dan beradab
6. Sihat tubuh badan
6. Mampu mengikuti setiap ketetapan waktu kelas

Bagi pengetahuan semua juga, USAS turut menyediakan program pengajian didalam diploma, ijazah serta Ph.d. Sekiranya pelajar cemerlang dalam menduduki SPM, pasti berpeluang untuk terus menyambung pelajaran di peringkat seterusnya di dalam USAS.

Kolej Teknologi Midas

Kolej Teknologi Midas merupakan sebuah Kolej Kemahiran ( TVET ) yang menyediakan latihan kemahiran. Hasil kolaborasi MTMU , pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran bagi memudahkan pelajar mendapat pekerjaan boleh mendaftar di kolej ini.
Pelajar dapat melanjutkan pembelajaran dalam bidang-bidang yang telah mendapat taraf persijilan dari pihak berikut:

  1. Kulinari dan Pastri ( Persijilan Antarabangsa City & Guilds U.K dan Persijilan Malaysia )
  2. Kimpalan ( American Welding Society AWS & Sijil Kecekapan dan Kompetensi Pembinaan ( SKKP) dari CIDB Malaysia )

Pada Julai 2020, Kolej Teknologi Midas telah memeterai Memorandum Persefahaman bersama Persatuan Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Perak ( PEMATAP) sebagai pusat TVET Islamik Profesional PEMATAP. Ini menjadikan kolej ini sebagai sebuah pusat pembelajaran kemahiran dalam bidang kulinari, pastri dan kimpalan dengan elemen tahfiz berterusan.
Ini adalah sejajar dengan matlamat pihak MTMU serta kolej sendiri yang ingin memastikan setiap lepasan pelajar menjadi seorang Huffaz yang profesional kerana dapat menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dan masih mengekalkan elemen tahfiz pada masa yang sama.

Disini, pelajar berpeluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang :
1. Pendawaian Fasa Tunggal Dengan Endorsan (PW2) – Lesen Kekompetenan daripada Suruhanjaya Tenaga

2. Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Dan Tiga Fasa – Persjilan Kemahiran Malaysia (SKM)

3. Perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan Dandang – Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3

4. Pengurusan Pejabat & Penyeliaan Pengurusan Pejabat – Persjilan Kemahiran Malaysia (SKM).
Asas Pendawaian Elektrik Satu dan 3 Fasa

5. Asas Elektronik

6. Asas Motor Kawalan Elektrik