Setelah 22 tahun penubuhan Maahad Tahfiz Miftahul Ulum, satu kompleks pengajian Islam dan Tahfiz telah berdiri megah di pedalaman Jalan Kuari, Batu 11 Hulu Langat. Bermula dengan 40 pelajar lelaki dan perempuan dengan tiga orang guru dan sekarang berkembang hampir lima belas kali ganda dengan jumlah pelajar lebih daripada 300 orang dan lebih 34 orang guru.
Berkat doa orang ramai dan sumbangan Dato SM Salahuddin di atas tanah seluas hampir 10 ekar telah dapat menampung sebuah masjid, blok-blok dan rumah guru, serta penempatan pelajar perempuan. Dengan keluasan yang ada, beberapa bangunan sedang dirancang dan direka untuk blok pentadbiran, dewan multaqa, perpustakaan dan memperbaharui penempatan pelajar lelaki.


Tenaga-tenaga pengajar Maahad Tahfiz Miftahul Ulum adalah terdiri daripada guru- guru lelaki & wanita lepasan dalam dan luar Negara yang berkemahiran dalam bidang Ulumul Quran Wal-Hadis yang terdiri daripada 34 orang. 16 orang daripadanya mengajar di bahagian Hafiz / Hafizah dan 18 orang lagi mengajar dibahagian Alim / Alimah. Namun sebarang pertambahan dan pengurangan bergantung pada keadaan semasa.
Pelajar-pelajar maahad ini terdiri daripada lelaki (banin) dan perempuan (banat). Bilangan keseluruhan pelajar lelaki adalah 193 orang dan bilangan perempuan adalah 172 orang berjumlah 365 orang pelajar. Terdapat lebih kurang 80 orang pelajar luar Negara yang belajar di Maahad ini daripada Kemboja, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, China, Indonesia, Bangladesh, Singapura dan Brunei. Bilangan pelajar berubah dari masa ke semasa.
OBJEKTIF DANA
Objektif pihak MTMU membuat tabung dana pembangunan ini ialah
- Membangunkan asrama lelaki
- Membaikpulih infrastruktur fasa bangunan semasa
- Memastikan keadaan pelajar di kawasan maahad selesa sepanjang tempoh pengajian Menjamin keselamatan pelajar
Kawasan pembangunan yang terlibat ialah
- Bangunan asrama lelaki
- Dewan makan pelajar lelaki
- Tempat pengajian pelajar lelaki
- Kuaters guru
- Pejabat pentadbiran
Di sini kami sertakan gambar-gambar kerosakan dan keuzuran bangunan dan fasiliti yang ada pada masa ini.


kerana tiada tempat yang khusus.


ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
Anggaran kos bagi projek pembangunan adalah sebanyak RM 39,489,006.00 (Tiga puluh sembilan juta empat ratus lapan puluh sembilan ribu dan enam ringgit Malaysia).
Sumbangan secara online untuk Pembangunan Fasa 2 ini boleh dihulurkan dengan mengklik butang di bawah
Sumbangan secara manual atau bank transfer boleh terus disalurkan melalui akaun seperti di bawah
No. Akaun: 564856307750
Nama Akaun: MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL ULUM
Nama Bank: MAYBANK


SUMBANGAN MELALUI WAKAF SELANGOR
Selain dari cara di atas, sumbangan pembangunan boleh juga dibuat melalui Wakaf Selangor.
Pihak MTMU akan mengeluarkan resit rasmi selepas setiap wakaf yang dibuat. Contoh resit rasmi adalah seperti di bawah




Untuk sebatang pertanyaan lanjut berkenaan projek Pebangunan Fasa 2 dan urusan sumbangan, anda boleh menghubungi talian MTMTU di 03-90213381 atau 018-233 3287.