Sasaran Dana ialah RM39.5 juta
Baikpulih Bangunan
Masalah bumbung/atap yang pecah & bocor dan membaik pulih bangunan asrama dan fasiliti yang rosak dan uzur serta menukar wiring elektrik baru.
Pembinaan Bangunan Baru Fasa 2
Bangunan meliputi kelas, dewan serbaguna untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.
Perabot & Peralatan
Kos pembelian alat bantu mengajar seperti kitab, rehal, meja, kerusi, air cond dan sebagainya.
Van Pelajar
Pembelian sebuah van baru untuk memudahkan pengangkutan para pelajar.
Utiliti
Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.
Operasi
Operasi dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Pembangunan MTMU
Pihak MTMU sedang giat mencari dana untuk projek Pembangunan Fasa 2 dan Membaikpulih & Menaiktaraf pada Pembangunan Fasa 1. Masih banyak lagi dana yang diperlukan untuk memulakan dan menjaya projek ini.
Bersama Kami Memacu Masa Depan
Terdapat beberapa bidang pengajian yang ditawarkan di MTMU iaitu bidang Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam Dan Bahasa Arab merangkumi pelbagai peringkat pengajian.
Bersama dan Berkolaborasi Ialah Kunci Kejayaan
MTMU bergerak selangkah ke hadapan dalam menaikkan taraf pendidikan pelajar – pelajar Maahad dengan membuat kolaborasi pengajian dengan beberapa kolej dan universiti. Pelajar Maahad yang telah membuat pengajian Tahfiz atau pelajar yang tidak dapat menyambung pengajian dalam bidang tahfiz boleh menyambung pengajian mereka dengan kolej atau universiti.
Telusuri Sejarah MTMU & Pembangunannya
Kompleks MTMU ini dibina di Mukim Hulu Langat yang diwakafkan oleh Dato Haji SM Shalahuddin Al Ayyubi Azad Bin SM Amin kepada Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Kompleks baru MTMU yang dijangka menelan belanja sebanyak RM49 juta boleh menampung seramai kira-kira 1200 orang pelajar iaitu 800 orang pelajar lelaki dan 400 orang pelajar perempuan.
Pasukan MTMU Bersama Maju Ke Hadapan
Satu pasukan pengurusan yang baik seperti sebuah jentera penting yang bergerak bersama. Setiap ahli memainkan peranan penting, dan kita semua bekerjasama dengan lancar untuk mencapai matlamat yang sama. Kita sentiasa mencari cara untuk meningkatkan diri, dan tidak takut untuk mengambil risiko.
Berita & Post Terbaharu
Pertandingan Futsal Antara Asrama MTMU
Maahad Tahfiz Miftahul Ulum (MTMU) baru sahaja melangsungkan pertandingan futsal tahunan yang melibatkan penyertaan daripada…
Program Masakan Sempena Cuti
Musim cuti sekolah adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh para pelajar dan ibu bapa. Bagi Maahad…
Hari Terbuka (Banat) MTMU
Jemput hadir ke Hari Terbuka (Banat) kami dan temui segala yang anda perlukan untuk masa…