Bidang Pengajian

PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN (HAFIZ / HAFIZAH)

Matlamat utama pengajian Tahfiz Al-Quran ialah untuk membolehkan seseorang itu untuk menghafal keseluruhan lafaz-lafaz dan ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran serta mampu untuk mengingati semua hafalannya sehingga penghujung hayat.
Proses penghafalan keseluruhan isi kandungan Al- Quran biasanya mengambil masa selama tiga tahun (bagi keupayaan yang sederhana). Proses bagi penghafalan dan pemantapan Al-Quran di MTMU terbahagi kepada 5 jenis hafalan.

Pengajian Tahfiz Al-Quran (Hafiz/Hafizah) bermula dengan memperbetul & melancarkan Tajwid melalui kaedah Nurani. Setelah fasih para pelajar perlu menghafal Al-Quran sepenuh masa ( masa pengajian maahad ) sehingga hafalan mencapai 30 juzuk dalam tempoh masa 2 hingga 3 tahun.
Seterusnya pelajar akan mengambil pengajian Shahadah iaitu bacaan 30 juzuk secara berterusan tanpa melihat Mushaf Al-Quran dalam tempoh 1 hingga 3 hari. Sesudah tamat pengajian shahadah dan diperakui akan hafalannya. Mereka boleh melanjutkan pengajian seterusnya ke Pengajian Islam & Bahasa Arab sekiranya mereka berminat.
Setelah tamat pengajian, pelajar akan diberikan sijil syahadah dan sijil pengesahan daripada maahad yang mengesahkan bahawa pelajar telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Contoh Sijil Tahfiz
Contoh Sijil Syahadah

PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB ( ALIM / ALIMAH )

Pengajian Islam & Bahasa Arab ( Alim / Alimah ) iaitu para pelajar perlu mempelajari kitab-kitab arab daripada pelbagai bidang jurusan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan Al-Hadith bermula daripada pengajian asas seperti Nahu, Sorof, Fekah, Tajwid dan lain-lain sehingga pengajian yang tertinggi dan terakhir seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain.
Setelah tamat pengajian, mereka akan diberikan sijil shahadah dan sanad hadith dan disarankan menjadi guru sandaran selama 1 tahun sebagai latihan untuk menjadi guru, ustaz / ustazah di institusi-institusi agama.
Setelah tamat pengajian, pelajar akan menerima sijil sanad Sahih Muslim serta sijil daripada MTMU.
Contoh Sijil Sanad Sahih Muslim
Contoh Sijil Syahadah