Program Aidilfitri dan Pengambilan Report Card 2025

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, MTMU akan mengadakan Program Aidilfitri dan Pengambilan Report Card bagi tahun 2025. Program ini diadakan sebagai ruang untuk kita semua berkumpul dalam suasana silaturrahim sempena Hari Raya Aidilfitri serta menyampaikan prestasi pembelajaran para pelajar sepanjang semester lepas.



🎓 Tujuan Utama Program

  1. Mengeratkan hubungan antara pihak madrasah dan ibu bapa/penjaga.
  2. Memberi maklum balas secara langsung tentang perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.
  3. Meraikan Syawal dalam suasana mahabbah dan ukhuwah Islamiah.


Semoga program ini menjadi medan keberkatan, mengukuhkan hubungan antara keluarga pelajar dan warga pendidik, serta menambahkan semangat anak-anak MTMU untuk terus maju dalam bidang tahfiz dan akademik, insyaAllah.

Tengok live recording di Facebook dengan klik link https://www.facebook.com/watch/live/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v&ref=watch_permalink&v=993279766180843

Sekian, terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.