MTMU dengan sukacitanya telah menganjuran Kelas Daurah bersama Sheikh Latifur Rahman, seorang ulama terkemuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada 23hb Julai yang lepas.
Kelas ini bertujuan untuk memperkaya pengetahuan peserta mengenai pelbagai aspek ilmu agama, serta mendalami pengajaran yang disampaikan oleh Sheikh Latifur Rahman.
Para peserta telah berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan Sheikh Latifur Rahman, mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan mereka, dan memperkukuhkan pemahaman mereka terhadap prinsip-prinsip Islam yang autentik. Program ini juga bertujuan untuk menginspirasi dan membimbing peserta dalam mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian mereka, serta membentuk generasi Muslim yang berilmu dan berakhlak mulia.