Inilah amalan yang ramai tahu tapi ramai yang tak istiqamah nak buat selalu.
Anda bayangkan kalau anda ada peluang untuk buat pelaburan yang keuntungannya terkumpul setiap hari sampailah bila-bila.
Biarpun anda tiada, tapi keuntungan ini anda dapat lagi sehinggalah boleh di gunakan di akhirat kelak?
Inilah pahala wakaf.
Wakaf Madrasah Tahfiz Saidatina Khadijah adalah wakaf pendidikan yang dapat anda berikan kepada anak-anak tahfiz ini.
2 dalam 1. Pahala untuk anda. Manfaat sumbangan anda ini pula dapat anak-anak tahfiz gunakan untuk kebajikan dan pendidikan mereka.
MASKA juga menyediakan anak-anak tahfiz untuk menyambung belajar ke Tahrim, Yaman. Bahkan MASKA juga menyokong anak tahfiz melanjutkan pelajaran akademik.
Sungguh dengan wakaf anda telah membantu perkembangan ilmu hafazan al-Quran anak-anak tahfiz yang akan datang akan kembali memberi manfaat kepada masyarakat.
Wakaf anda yang digunakan untuk tujuan di bawah inilah akan menjadi saksi amalan di akhirat kelak.
Antara keperluan yang akan menggunakan wakaf anda ialah:
- Baik pulih rumah madrasah- Rumah madrasah adalah sebuah rumah lama yang telah ditinggalkan lebih 5 tahun yang menjadi tempat tinggal dan tempat belajar yang digunakan oleh MASKA. Jadi banyak baik pulih perlu dibuat.
- Peralatan dan kemudahan pelajar.
- Kos pengurusan dan kos pentadbiran.
Sasaran Dana
Berikut ialah cadangan anggaran dana yang diperlukan beserta tujuannya:
❤️ Kos menyelesaikan masalah bumbung/atap bocor – RM30,000✅
❤️ Kos membaik pulih bangunan yang dimakan anai-anai – RM10,000✅
❤️ Kos membaiki tandas dan bilik mandi tersumbat – RM 10,000✅
❤️ Kos menukar wiring elektrik baru – RM25,000✅
❤️ Operasi – RM20,000✅
Sungguh pahala daripada sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hidup selama-lamanya. Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Seperti kata Rasulullah :
“Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.” (HR Muslim).