KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA PWS KE MAAHAD TAHFIZ MIFTAHUL ULUM (MTMU)

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Lawatan Kerja ke Maahad Tahfiz Miftahul Ulum (MTMU) pagi ini, 4 Oktober 2023 bertempat di Sungai Long, Hulu Langat. Delegasi PWS seramai enam orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS dan disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Haji SM Salahuddin bin SM Amin, Penaung Maahad Tahfiz Miftahul Ulum.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan dan pengurusan PWS sebagai sebuah institusi wakaf di Selangor. Selain itu, MTMU juga adalah merupakan projek Wakaf Khas di bawah seliaan PWS.

Turut serta dalam program kunjungan hormat ini adalah YBhg. Dato’ Haji Mohd Misri bin Haji Idris, Timbalan Pengerusi PWS, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Ustaz Abdul Razak bin Haji Nokman Kushairi, Pengerusi MTMU, Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Pengurus Bahagian Projek PWS dan Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *