Bidang Pengajian & Hala Tuju

PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN (HAFIZ / HAFIZAH)

Matlamat utama pengajian Tahfiz Al-Quran ialah untuk membolehkan seseorang itu untuk menghafal keseluruhan lafaz-lafaz dan ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran serta mampu untuk mengingati semua hafalannya sehingga penghujung hayat.
Proses penghafalan keseluruhan isi kandungan Al- Quran biasanya mengambil masa selama tiga tahun (bagi keupayaan yang sederhana). Proses bagi penghafalan dan pemantapan Al-Quran di MTMU terbahagi kepada 5 jenis hafalan.

Pengajian Tahfiz Al-Quran (Hafiz/Hafizah) bermula dengan memperbetul & melancarkan Tajwid melalui kaedah Nurani. Setelah fasih para pelajar perlu menghafal Al-Quran sepenuh masa ( masa pengajian maahad ) sehingga hafalan mencapai 30 juzuk dalam tempoh masa 2 hingga 3 tahun.
Seterusnya pelajar akan mengambil pengajian Shahadah iaitu bacaan 30 juzuk secara berterusan tanpa melihat Mushaf Al-Quran dalam tempoh 1 hingga 3 hari. Sesudah tamat pengajian shahadah dan diperakui akan hafalannya. Mereka boleh melanjutkan pengajian seterusnya ke Pengajian Islam & Bahasa Arab sekiranya mereka berminat.
Setelah tamat pengajian, pelajar akan diberikan sijil syahadah dan sijil pengesahan daripada maahad yang mengesahkan bahawa pelajar telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Contoh Sijil Tahfiz
Contoh Sijil Syahadah

PENGAJIAN ISLAM DAN BAHASA ARAB ( ALIM / ALIMAH )

Pengajian Islam & Bahasa Arab ( Alim / Alimah ) iaitu para pelajar perlu mempelajari kitab-kitab arab daripada pelbagai bidang jurusan ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan Al-Hadith bermula daripada pengajian asas seperti Nahu, Sorof, Fekah, Tajwid dan lain-lain sehingga pengajian yang tertinggi dan terakhir seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lain.
Setelah tamat pengajian, mereka akan diberikan sijil shahadah dan sanad hadith dan disarankan menjadi guru sandaran selama 1 tahun sebagai latihan untuk menjadi guru, ustaz / ustazah di institusi-institusi agama.
Setelah tamat pengajian, pelajar akan menerima sijil sanad Sahih Muslim serta sijil daripada MTMU.
Contoh Sijil Sanad Sahih Muslim
Contoh Sijil Syahadah

HALA TUJU PENGAJIAN

Hala Tuju Pengajian di Maahad Tahfiz Miftahul Ulum menawarkan pendidikan yang seimbang antara ilmu agama dan peluang kerjaya moden. Terdapat dua laluan utama: Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Pengajian Islam serta Bahasa Arab.

1. Pengajian Tahfiz Al-Quran

Pelajar mengikuti pengajian selama 4 tahun sebelum melanjutkan ke program Syahadah selama 1 tahun, diikuti 1 tahun praktikal (khusus untuk pelajar perempuan). Selepas itu, pelajar mempunyai beberapa pilihan hala tuju:

  • Fast Track SPM di institusi seperti Universiti Sultan Azlan Shah, Ilham Ilmu, atau Kolej Teknologi MIDAS.
  • Program TVET di institusi seperti Azmida Technical College, ILP Ulul Albab, atau TVET MARA, yang memberi peluang untuk melanjutkan ke universiti tempatan.

2. Pengajian Islam dan Bahasa Arab

Laluan ini melibatkan 7 tahun pengajian teori dan 1 tahun praktikal. Selepas tamat, pelajar boleh:

  • Menjadi tenaga pengajar dengan mendapatkan Tauliah JAIS.
  • Melanjutkan pengajian ke luar negara di institusi seperti Darul Ulum Zakariya (Afrika Selatan) atau Ribat Yaman.

Matlamat

Program ini bertujuan melahirkan generasi yang seimbang dari segi agama dan kemahiran profesional. Pelajar dibimbing untuk menjadi penghafaz Al-Quran yang berwawasan, tenaga pengajar, atau melibatkan diri dalam bidang teknologi dan vokasional. Gabungan pendidikan agama dan peluang duniawi ini memastikan pelajar bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Maahad Tahfiz Miftahul Ulum membuka pelbagai peluang untuk pelajar mencapai kejayaan di peringkat tempatan atau antarabangsa, menjadikan mereka individu berakhlak mulia dan berkemahiran tinggi.