Assalamualaikum wbt. Tuan/puan yang dimuliakan Allah,
Pihak MTMU ingin membuka peluang amal kepada tuan/puan yang berkemampuan untuk menyumbang kepada tabung pendidikan MTMU. Tabung ini akan digunakan untuk menyelesaikan yuran pengajian pelajar asnaf dan pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan.

Setiap hari, para pelajar mengisi waktu mereka dengan membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran, menuntut Ilmu-Ilmu Syar’iyyah, memperbaiki sahsiah diri serta mengamalkan wirid yang dianjurkan dalam Islam.
InshaaAllah, sumbangan tuan/puan tidak hanya membantu meringankan beban yuran seorang pelajar, bahkan menjadi asbab kepada berlangsungnya usaha menuntut ilmu dan beramal dengan Al-Quran.


Maklumat lanjut boleh didapati daripada Admin Firdaus melalui talian:
📞 013-652 9554
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi amal jariah yang berkekalan sebagai bekalan untuk kehidupan di alam akhirat.
Terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih dan Jazakumullahu khairan katsiran.

