Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa telah berlaku satu kejadian kebakaran pada 14 April 2026 Dalam jam 3.50 pagi beberapa pelajar dtg untuk solat bersama warden Banat mereka nampak asap dan percikan api.





Meraka mengambil pemadam api tetapi api cepat merebak dan menjadi besar. Warden menghubungi Bomba dan mereka terus mengejut semua pelajar turun tinggalkan asrama dan berhimpun jauh dari bangunan seramai 168 orang pelajar perempuan ada ketika itu. Bomba sampai lebih kurang jam 4.35 pagi bersama 2 buah kereta bomba, sebuah lori bomba membawa tank air dan sebuah pikap bomba. Mereka memadam keseluruhan api siap dalam jam 5.30 pagi. Bomba menutup keseluran kawasan banggunan tersebut .
Pihak Maahad menghubungi ibu bapa dan memaklumkan tengtang kejadian dan meminta mereka mengambil semua anak mereka yang terlibat untuk balik sementara bagi memastikan kawasan yang tidak terbakar selamat digunakan.

