Projek Pembangunan MTMU


Kompleks MTMU ini menelan belanja kira-kira sebanyak RM33 juta. Sebahagian besar iaitu RM20 juta daripada perbelanjaan projek ini sudah didapati. Hanya tinggal RM13 juta untuk dikutip dari korporat dan orang awam.

Kompleks ini merangkumi:

  • Sebuah masjid dua-setengah tingkat (boleh memuatkan 1500 jemaah)
  • Sebuah bangunan untuk perempuan dan sebuah bangunan untuk lelaki yang merangkumi pejabat, asrama, dewan makan, kelas dan bilik guru
  • Tiga buah kuarters tiga-tingkat yang menempatkan 12 unit rumah ustaz setiap satu yang berjumlah 36 unit rumah
  • Empat unit rumah semi-d untuk pihak pentadbiran
  • Keperluan-keperluan asas yang lain

Projek ini akan disiapkan di dalam tiga fasa.

Fasa pertama akan melibatkan pembinaan masjid, bangunan asrama perempuan dan dua buah kuarters.

Fasa kedua akan dimulakan selepas pemindahan pelajar dari bangunan asal  kebangunan yang sudah disiapkan dan bangunan madrasah yang sedia ada sekarang akan dirobohkan untuk memulakan baki pembangunan yang lain di atas tapak bangunan yang dirobohkan tersebut.

Kompleks MTMU yang baru ini boleh menampung seramai kira-kira 1200 orang pelajar iaitu seramai 800 orang pelajar lelaki dan 400 orang pelajar perempuan.

Cadangan Pembangunan Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum – Fasa 1

Projek Pembangunan Fasa 2

Projek Pembangunan Fasa 3

Sebahagian Keadaan Semasa di Madrasha Sebelum Pembangunan:

Kawasan Pembelajaran Semasa

Keadaan Semasa Kawasan Luar Madrasah